KOTA BHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan meneliti semua dokumen berkaitan termasuk mencari petugas kesihatan yang terlibat sebelum mengesahkan kisah tragis tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas, tertukar dipercayai akibat kecuaian.
Pengarah HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali mengakui pihaknya turut 'terkejut' apabila membaca kisah tersebut namun, memerlukan masa untuk mencari dokumen berkaitan sebelum membuat rumusan apa yang sebenarnya berlaku.
"Secara asasnya fail pesakit khususnya melibatkan pediatrik ini disimpan selama 21 tahun, tetapi kita tahu HRPZ II ini telah terlibat dalam banjir besar pada 2004 dan 2014, pada 2014 hampir 300,000 dokumen kita telah ditenggelami banjir dan telah dilupuskan.
"Bagaimanapun, pihak saya akan cuba mencari dokumen berkaitan sekarang, sudah tentu kita akan menyiasat perkara ini sepertimana yang diberitahu oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (Datuk Dr Zaini Hussin) semalam," katanya.
BACA: Kembar seiras tertukar, hanya diketahui selepas 20 tahun
BACA: Ayah jatuh sakit apabila tahu saya bukan anak kandungnya - Noratirah
Beliau ditemui pemberita ketika hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Peralatan Perubatan oleh Persatuan Tzu Chi Cawangan Kelantan kepada Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kelantan Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir di PKRC Tanjung Chat, di sini hari ini.
Dr Selasawati berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama berkenaan dua keluarga terpaksa mengharungi kisah tragis selepas tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu.
Mengulas lanjut, Dr Selasawati berkata pihaknya juga turut berharap dan berterima kasih sekiranya semua ahli keluarga yang terbabit dapat hadir bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021
Dua keluarga terpaksa mengharungi kisah tragis selepas tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu. - Foto BERNAMA
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Data PADU sudah sedia, termasuk program subsidi bersasar - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Pakar
Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata peralihan kepimpinan utama Singapura kepada Perdana Menteri yang tidak datang dari keluarga Lee dijangka tidak menjejaskan kestabilan pentadbiran republik itu. Jelasnya, Singapura mempunyai sistem peralihan kepimpinan yang sistematik dan konsisten.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Bumiputera perlu lahirkan CEO dalam bidang teknologi baharu - Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata bumiputera perlu meningkatkan penglibatan dalam industri teknologi baharu. Jelasnya, persaingan dalam industri laut merah sudah terlalu padat dengan peluang untuk berjaya menaiki tangga korporat itu semakin tipis.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Hsien Loong dijangka kekalkan pengaruh dalam kerajaan Singapura - Pakar
Timbalan Pengarah Eksekutif Institut Asia Eropah Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Roy Anthony Rogers berkata Bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dijangka akan terus mengekalkan pengaruhnya dalam Kerajaan, walaupun sudah melepaskan jawatan utama republik itu. Menurutnya, ini merupakan amalan politik Singapura yang wajar dikekalkan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Kembar seiras capai impian menjadi doktor perubatan
Sepasang kembar seiras berjaya mencapai impian menjadi doktor perubatan selepas kedua-duanya menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Pasangan kembar seiras curi tumpuan dengan gaya ekspresif di pusat mengundi
Kembar berusia 22 tahun itu memilih pakaian yang ceria untuk mengekspresikan semangat dan hasrat mereka yang pertama kali mengundi.
Kembar tertukar, miliki kad pengenalan diri baharu - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan mereka berdasarkan keputusan laporan ujian DNA.
Kembar seiras tertukar: HRPZ II teliti dokumen, kesan petugas kesihatan terlibat
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan meneliti semua dokumen berkaitan termasuk mencari petugas kesihatan yang terlibat sebelum mengesahkan kisah tragis tiga bayi perempuan bertukar.
Tiga pasang kembar seiras curi tumpuan hari pertama sekolah
Tiga pasangan kembar seiras mencuri tumpuan pada hari pertama persekolahan di SK Silibin di Ipoh, Perak hari ini.
Taktik samun kembar seiras pakai jubah, purdah gagal
Berpurdah dan berjubah wanita. Itu modus operandi sepasang kembar lelaki seiras bagi merompak dua kedai emas di Kemaman, Terengganu.